Wednesday 9 April 2014

TERIMA KASIH TERIMA KASIH TERIMA KASIH

Assalamualaikum...
          Hari ini aku rasa semakin sihat dan ada selera sikit untuk menjamah makanan...meskipun disaat yang mengharungi hari yang sukar ini aku mesti tabah dan sabar. Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menempuhi hari-hari yang sukar ini. Aku berharap Allah permudahkanlah segalanya buatku..jauhilah aku dari perkara yang tidak diingini...Walau dalam keadaan yang tidak berdaya ini, aku mahu berkongsi coretan...hari di mana aku berada dalam Wad 6, HTAN 4/4/2014.
          Dalam keadaan emosi yang tidak keruan..aku melayani jiwa kacauku sambil berlinangan airmata di atas katil wad...jiwa yang keresahan dan sebak membendung kesedihan...sungguh beremosi tatkala itu! Namun, gelagatku rupanya menjadi tumpuan seorang jururawat yang kelihatan begitu sibuk dengan tugasnya dipagi hari.. Tanpa diduga jururawat ini datang menyapa aku...dik, dah makan? Darah ada kuar lagi tak hari ni? Aku angguk dan geleng sahaja..mulalah malu sambil mengesat airmata..dik, ni kandungan yang ke berapa...? Jururawat ni tenang je bertanya memulakan bicara...aku memang kalah...namanya jururawat atau nurse ni...memang Allah bagi banyak kelebihan pada mereka..Kadang-kadang sentuhan tangan dan suaranya sahaja dapat menenangkan hati pesakit..hebatnya kurniaan Allah pada insan berhati mulia ini. Lama kami berbual dan pelbagai soalan serta jawapan diberi..tenang sahaja melontar kata-kata semangat dan nasihat pada aku..aku terkedu dan entah macamana....aku menangis....menangis dan menangis lagi!!! Nangis la puas-puas dik...nanti tak perlu nangis lagi, bimbang nanti menjejaskan kesihatan...tangan aku digenggamnya...aku rasa tenang seketika...entah kenapa terlalu beremosi pula kali ini...! Tuhan...aku tak mahu menyerah kalah pada MU...aku pasrah atas segalanya...Dik..ujian yang Allah berikan pada kita tu laluilah dengan sabar dan redha dik...Allah akan bagi yang terbaik untuk kita kelak...Semua orang ada susah senangnya..ada ujian masing-masing..dan ujian tu semuanya berlainan..adik dapat ujian macam ni, kalau akak pulak lain ujian Allah bagi...manis senyuman menutur kata...Dik...janganlah nangis lagi...akak risau tengok adik "down" je....sabar ek...nanti kalau ada ape bagitau akak ye..senyum dan ...berlalu pergi...Ya Allah..baiknya nurani jururawat ni..walaupun diri sendiri berat diuji namun tiada diduga dia insan sebegitu..Bagus! Aku mesti jadi tabah dan tenang seperti dia juga!!! Terima kasih nurse...aku begitu terkesan dengan situasi dan apa yang telah dia sampaikan..akan ku sematkan dalam hati...takkan sesekali aku menangis kerana menyesali apa yang berlaku...Yang Allah buat tu sangat cantik dik...dan Allah adalah sebaik-baik perancang!

No comments:

Post a Comment