Thursday 24 April 2014


         NOT EASY TO BE A WOMEN!!!

CERITA SEDIH DAN SUKA DUKA KU HADAPI BIARLAH SETAKAT DI SINI...DIARI...

ALHAMDULILLAH SYUKUR

Alhamdulillah...rasa sudah semakin sihat dan hari ini sudah hari ke-4 aku ke sekolah...walaupun masih rasa penat badan dan jalan pun masih menapak..terpaksa tidur dalam kereta sebab nak panaskan badan yang kesejukan...berstokin dan berbaju sejuk...tapi aku gagahkan jua kaki melangkah... Setelah hampir sebulan aku tidak menjejakkan kaki ke sekolah..terasa rindu pula..lagipun aku adalah guru kelas Tahun 1...mereka pun sibuk bertanyakan aku..mana cikgu pergi??Cikgu kursus ke? Ustazah balik kampung ke..? Erm...Semoga setiap hari semakin bertambah baik dan sihat..Banyak dah "berhutang" dengan diorang ini...banyak tajuk yang nak dicover balik. Berilah aku kekuatan Ya Allah...

Hari ini genaplah 40 hari ceritera kisahnya aku...bermula dari berita aku disahkan mengandung...dimasukkan ke hospital dan ke wad CCU akibat ada asid dalam darah...seminggu bercuti..bersambung dengan cuti sekolah..turun darah kat sekolah ...masuk wad 2 hari dan cuti lagi seminggu...tumpah darah yang teruk...masuk wad dan seminggu lagi cuti...aaaah....Sedih betul bila mengenangkan peristiwa - peristiwa dan kejadian itu...patutlah orang tua-tua berpesan...barang nan lama usah dikenang...semakin sakit jiwa dan perasaan...ia takkan berulang...yang pahit sebegini biarlah ia berlalu pergi...tetapi...nak melupakannya juga bukanlah suatu perkara yang mudah..Kadang-kadang ia menjadi igauan tatkala mahu pejamkan mata hendak tidur...

Biarlah ia berlalu pergi..jauhkanlah ia dariku...jauhilah aku dari mimpikannya....Aku mahu bangkit..bersemangat semula dan menjadi seorang yang kool dna hepi go lucky seperti sebelumnya..Terima kasih diariku...kerana sudi menerima apa sahaja yang aku catat...dan coretkan di sini..

TONIK HATI (2)

                   Sebagai Renungan...Dipetik dari coretan Ustaz Kazim Elias dalam facebook

Ketika kamu berasa sedih pejamkan matamu dan katakan dalam hatimu.....

 " Inilah perjalanan hidupku..Allah Ta'ala yang letakkan aku di sini..Semua ini perancangan Allah. Jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapan NYA...dan aku terima Qada dan Qadar diriku...Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmah NYA...Terima kasih Ya Allah kerana mengasihiku.." 
selepas itu buka mata dan senyumlah.....!

Sebenarnya memang sakit dan berat untuk menerima semua itu...namun aku sentiasa percaya pada ketentuan NYA..Meskipun sebak menahan sendu...sakit dada menahan hiba... REDHA tetap pada NYA.. Inilah ujian besar Allah berikan kepada hambanya...yang lemah dan kerdil ini..

Monday 14 April 2014

AKU SEKADAR MENULIS

          Aku senang menamakan ia warna warni kehidupan. Aku suka menulis bukan bertujuan mahu menghebohkan kepada dunia siapa aku..apa cerita kisah hidup aku..bukan berniat mahu mendapatkan simapati atau apa-apa sahaja...aku menulis sekadar memenuhi minat dan hobi aku...ruangan blog ini adalah medan aku meluahkan rasa...pengalaman dan suka duka kehidupan...Dulu dikenali sebagai diari...sekarang aku lebih senang dalam ruangan blog begini..kepada sesiapa yang membaca coretanku ini...alhamdulillah...aku senang dan tiada masalah dengannya dan bagi aku ia bagus sebagai bahan perkongsian kehidupan. Sebab...hidup setiap manusia itu berbeza...Allah datangkan ujian pun berbeza...mengikut kemampuan mereka menerima ujian dan dugaan itu...termasuk jualah insan yang lemah ini..aku! 
          Aku diberi cuti rehat selama seminggu..akibat dari keguguran ini...jiwa yang selalu beremosi...hanya pada Allah aku bergantung harap...Jauhilah aku dari bisikan syaitan yang selalu berdampingan dengan jiwa yang lemah...Aku tidak mahu lagi menjadi lemah, lemah dan semakin lemah...aku mahu bangkit dari segala kesedihan ini dan mahu sihat seperti sediakala...aku rindu sangat kepada anak-anak didikku disekolah...hampir sebulan aku bercuti rehat..kasihan anak-anak didiku yang telah banyak tertinggal mata pelajaran...Ya Allah...berikan aku kekuatan dan kesihatan untuk aku meneruskan amanah MU dan tugasan harianku..aku sudah begitu banyak berhutang pada mereka, justeru Ya Allah, berilah aku peluang untuk menebus semua itu... Rezekikanlah jua pada ku nikmat sihat serta cergas...agar dapat aku teruskan ibadah pada MU setiap hari, setiap masa, setiap ketika...Ya Rahman...Ya Rahim...Ya Aziz..Ya Jabbar..Ya Mutakabbir..Amin Ya Rabbal Alamin....

TONIK HATI BUAT RENUNGAN BERSAMA

               TAZKIRAH MENDAMAIKAN HATI...

Apa yang kita mahukan...tapi tidak dapat
Mengapa Allah tidak mengizinkannya...?
Apa yang kita mahukan..tapi pergi dari kita
Mengapa Allah tidak izinkannya bersama kita..?
Apa yang kita harapkan..sudah tiada lgi
Apakah Allah tidak sayangkan kita..?
Aku tidak tahu...
Bahkan Allah yang menjawabnya..
Kerana sayanglah..
Kemahuan kita tidak diturutkan
Malah diganti dengan yang lebih baik
Kerana yang kita mahukan itu
Mungkin baik pada pandangan kita
Tapi tidak pada pandangan Allah
Allah lebih tahu
Kita tidak tahu
Beginilah kiranya...duhai hati yang lara...
Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik..maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar...
Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan..maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia...
Jika tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah..maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal..
Jika tiada rezeki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus..maka kita lebih bahagia dari si gelandangan...
jika tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga...maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segalanya...
Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang...maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua...
Jika tiada rezeki hari ini, mungki ada rezeki yang lebih baik esok hari...maka kita lebih bahagia kerana yang tidak dijangka..Bersabar...Bersyukur...Berusaha...Berdoa..Bertawakkal...Hanya pada DIA...Allah Yang Maha Adil...Usah bersedih atas suatu kehilangan yang amat kau kasihi...kerana Allah sebaik-baik pemberi! 

Sunday 13 April 2014

BERAKHIR SEBUAH PENANTIAN

Assalamualaikum...
       Alhamdulillah...aku semakin sihat hari ini...kali ini adalah sambungan dari coretan minggu lepas, doktor bagi cuti rehat padaku selama seminggu yang lepas..tempoh masa yang doktor berikan untuk menunggu "kandunganku" tak menjadi itu keluar sendiri. Genap seminggu dari hari aku keluar wad minggu lepas( hari khamis yang lepas turun darah, keluar darah) Hari Khamis jugalah aku rasa cukup menakutkan. Jam 4 petang, aku rasa sakit perut yang teramat sangat...kenapa ni...berdetik resah dalam hatiku...Ku gagahkan diri untuk bangun dan ke tandas...astargfirullah!!! Banyak darah keluar..menitik dan berketul...mungkin inilah masanya...hati kecilku berkata. Adib leka menonton "channel disney junior" depan televisyen. Hampir 30 minit dalam keadaan begitu, aku mula cemas dan panik pulak...banyak darah keluar ni! Aku mesej hubby, tolong beli pad kat ayang...darah banyak kuar...tapi hubby lambat balas mesejku dan aku mula risau..aku mesej pada mak @ ayah anak- anak yang mengaji, malam ni tak ngaji, nak ke hospital...Kak As balas mesejku. Mas nape nak pegi hospital? Darah turun banyak kak...sape yang ada kat rumah tu? Tak der sesapa, saya ngan Adib je. Mas ok tak tu? Kak, saya dah cemas...panik ni!!! Jap eh, nanti akak bagitau kak Tipah ngan Ain. Aku hanya keluar masuk ke tandas sahaja, kerana....banyak darah yang keluar dan aku boleh rasakan ketulan yang keluar dan keluarnya darah tu!!!Takutnya!
       Kak Tipah dan Ain (jiran) datang, mereka dah risau dan maahu aku segera ke hospital...nanti jap tunggu abang balik...Mas, kau kena cepat ni! Meh akak hantarkan, pucat muka kau ni!! Aku mula gementar ketakutan..Kau jangan cangkung Mas....nanti banyak lagi darah keluar! Nanti kau pening, pitam la!! Jerit kak tipah dari pintu luar tandas. Sementara tunggu abang sampai, aku kemas baju, seluar, kain, pad masuk beg...stand by masuk wad...Hantar Adib ke rumah nenek dan terus ke Hospital Jempol. Kecemasan..bila hubby maklumkan pada staf yang aku turun darah, bersegera attanden hospital tu pegi amik wild chair...terima kasih kerana tindakan cepat itu. Aku terus disorong ke bahagian kecemasan. Darah terasa mencurah...tukar pad...banyaknya darah, hubby berpaling ke arah lain...mungkin takut tengok darahku yang banyak keluar...aku cuba untuk "cool"...Sampel darah yang keluar tu diambil, kak...kita masukkan air dahulu pada akak nanti kita ambil tekanan darah ye..Ok, angguk aku..faham! Terasa lagi ia keluar!!! Nurse, saya nak buang air...jap kak...nurse datang membantu memimpin aku ke tandas, kak jangan kunci tandas ye..lama juga aku kat dalam tandas...aku panik, nak buang air tetapi darah je yang  mencurah keluar...nurse!! Saya tak boleh buang air....darah je yang kuar...aku bersuara dengan nada syahdu...sebab aku dah mula takut....kak, sejak pukul berapa ni keluar darah? Dekat jam 4 petang...berapa "pad" yang dah pakai...7 pad...terkejut doktor cute tu!!
       Kak...banyak darah akak yang keluar ni, kena masuk darah ni...nanti kami hantar sampel darah akak ye. Terkejut aku...terukkah aku?? Hubby kelihatan resah dan gelisah...sory Biey...menyusahkan Hubby...aku cuba tenang...mesej kawan...anak buah...dan wassap group ahli keluargaku...memberitahu khabar berita...doakanlah daku di sini...takutnya...wayar denyutan jantung dilekat didadaku..ah...cuaknya!! Jalanku diperiksa oleh doktor, banyak darah keluar dan doktor cakap kantung akak ni tersekat kat rahim, darah dan ketul daging sahaja yang keluar...ini sebab akak dah tumpah darah ni..doktor cakap macam risau je...nurse, saya tak dapat keluarkan kantung ni..ia tersekat la...mereka berbincang...Kak, kami kena hantar akak ke hospital pilah ye..kat sana pakar boleh buat..Pilah??Seriuskah? Aku angguk sahaja dan hubby dimaklumkan ...encik boleh bergerak dahulu la ye, nanti tunggu kat sana. Darah dimasukkan, satu lagi jarum dicucuk stand by untuk masuk ubat, kiri kananku sudah bercucuk jarum...saat ini aku mula berserah..menitik airmata kerana ketakutan...nurse dan doktor cepat bergerak menguruskan sesuatu, aku ditukar pakaian, pad,kain,dan katil ambulan sampai...aku dipindahkan dan naik ambulan ke HTAN. Jam 9.50 malam...
      Setiba dikecemasan...didaftarkan...Kak, darah ni sudah terlebih haa...datang doktor perempuan menyapa aku..diorang periksa pad aku...erm..banyak ni ..75% darah kuar..oit! banyak tu...doktor lain menyampuk...aku lagi la takut doktor oi!!! Puan, kami dah tepon pakar puan dan kami akan hantar akak terus ke wad 6 ye. Terasa mencurah-curah darah ni...Aku dihantar ke wad...patiaon..senyumla sikit..jangan risau...adoi...sempat lagi bergurau..Masuk wad, hubby dah menunggu kat situ...pindah katil...darah mencurah turun...nurse, darah kuar banyak ni..aku memberitahu..jap dik..Doktor terus melakukan tugasannya...menyelamatkan aku yang hampir nak pengsan...takutnya Ya Allah...hanya nama MU Ya Rabbi meniti dibibirku...aku berserah...apa yang kau nak buat, buatlah doktor!! Selamatkanlah daku......! Doktor berjaya menarik keluar kantungku yang tersekat dan...mengeluarkan darah berketul...sakit...tak selesa...malu...semuanya ada!! Sabarlah hati! Darah masih tak berhenti keluar! Puan, pendarahan ni masih banyak lagi, tak guna kalau kami darah masuk darah dan darah kuar lagi...jadi, rahim puan perlu dicuci untuk hentikan pendarahan...boleh ye puan.? Aku mengiyakan sahaja..berserahlah...buatlah...Aku diminta untuk tandatangan surat kebenaran, hubby diberi penerangan oleh doktor...kami dan daftarkan puan, malam juga kita buat..sekarang tunggu panggilan dari bilik bedah..Iya...jawabku lemah...takut? Ya Allah.....! Aku dipakaikan dengan baju untuk ke bilik pembedahan..tunggu dan tunggu...Jam 3 pagi, doktor dan nurse datang...puan, bilik pembedahan sekarang ada kes emergency, ada pembedahan buang rahim, puan ni kita tak buat malam ni, kita pospont esok pagi...tapi kami nak periksa jalan akak lagi sekali ye, kalau pendarahan dah kurang kita tak perlulah cuci...waaaar!!!! Tak sakit tetapi cukup tidak selesa...malu apatah lagi!!! Erm...dah tak der darah ketul ni...kita scan jap ye puan...setelah itu...rasanya tak perlu cuci ni...kantung dah keluar dan hanya ada darah sahaja ni...harap-harap tak perlulah nak cuci...nurse menyapa..Ya Allah...pada MU aku berharap...janganlah dicuci!!! Hubby diberitahu dan aku ditukar pakaian...Biey...doakanlah ayang...tak nak kena cuci...Hubby mengiyakan...sabar ayang eh...dari saat itu sehingga pagi...bibir dan hatiku ini tidak berhenti menyebut nama MU...berzikir pada Mu, bertasbih pada MU...Ya Allah, permudahkan keadaan diriku di sini...sehingga tertidur...
      Esok pagi...hari Jumaat nan indah... meruntun hatiku yang resah...Hubby pergi sekolah...sendirian aku...dari malam tadi aku kena berpuasa..stand by untuk ke bilik pembedahan..doktor periksa pad...periksa perut...periksa tekanan darah...periksa badan...scan rahim...erm...keputusannya dah bersih..tidak ada yang tertinggal...cuma darah sahajalah...tak perlu cuci...cancel ye! Alhamdulillah...menitik airmataku!!Terima masih Allah ..kau mendengar rintihan hatiku...kau makbulkan doaku... Boleh discharge!!

LIFE IS EXAM!!

LIFE IS THE MOST DIFFICULT EXAM...
MANY PEOPLE FAIL BECAUSE THEY TRY TO
COPY OTHERS..NOT REALIZING THAT
EVERYONE'S PAPER HAS DIFFERENT QUESTION!!
-chikmann-

Wednesday 9 April 2014

AKU SUKA MENULIS

        Sedari kecil...sejak dari bangku sekolah rendah lagi aku memang suka menulis..meskipun pada awalnya coretanku punya banyak salah ejaan. Cikgu Mariam adalah cikgu yang mengajarku Bahasa Malaysia(pada waktu itu) selalu memuji karanganku yang panjang dan ada isi katanya...salah ejaan tu biasalah...! Linda nak jadi penulis ya? Aku hanya senyum...terima kasih cikgu...! Apalah yang aku tahu sangat dengan "penulis" masa itu...budak-budak la katakan...Menginjak usia belasan tahun, menjejakkan kaki ke alam remaja...dengan pelbagai kisah suka duka, susah senang yang berlaku setiap hari disekelilingku...aku abadikan dalam sebuah buku kecil...dan dalam soal perbelanjaan harian pun aku akan buat catatan...apa yang aku beli, apa yang buat, apa yang nak dibeli, apa yang nak dibuat..Boleh dikatakan aku ni jenis pendiam..tapi kalau bercakap ramah...(angkat bakul sendiri) Mungkin sebab hobi masa tu suka membaca buku cerita...novel...jadi terbawa-bawa dalam kehidupan seharian..buku yang paling best aku baca ialah  
" Tiada Kasih" tulisan Ahadiat Akasyah...masih ingat lagi tu....sungguh menyentuh hati...bacalah...
       Selama bertahun-tahun dengan coretan buku...rupa-rupanya ia menjadi sahabat baikku..atau dengan nama modennya...diari!! Setiap hari aku menulis...coretan aku bermacam-macam..semuanya tentang luahan hati...kehidupan seharian...kemudian aku rasa lega...kool!!! Tidak perlu ada best friend yang menjadi tempat aku mengadu...Namun begitu, aku punyai ramai kawan..Mereka senang mendampingiku...aku tak kisah...cuma tentang hal peribadiku....memang aku tidak berkongsi...bak kata HM Tuah, dalam buku tulisannya" kawan ni bagus...kawan ni pun banyak jenis...kawan dikala susah, kawan dikala senang, kawan hanya untuk bergembira, kawan hanya setakat ditempat kerja, kawan hanya setakat ditempat bermain...dan macam-macam lagi kawan..Bayangkan sewaktu dizaman pengajian diuniversiti dulu...semua kawan-kawanku terkejut gila bila dapat tahu yang aku ni ada " boyfriend"?? Ye ke cheik ni??(gelaran manja masa tu) Sukar nak percaya sebab aku tidak pernah pun berkongsi cerita tentang itu...cerita sebegitu biarlah antara aku dengan diriku...antara aku dengan Allah dan...antara aku dengan jiwa ragaku sendiri...sehinggalah ke hari ini! 
        Di zaman penuh dengan kecanggihan dan moden ni, tiada diari lagi bersamaku...aku turut mengikut arus kemodenan dan serba mudah....laman blog menjadi hobi!!! Wlalaupun blog ni tak cantik atau moden tp cukuplah ia menjai wadah diari buat aku setiap hari! Buat blog ini aku try dan error sendiri...sebab aku suka dan berminat..aku cuba bangunkan blog peribadi aku sendiri dan hasilnya...ia menjadi best friend aku!! Apa sahaja yang berlaku disekelilingku...seharian...aku kongsikan di sini..andai ada insan atau pelayan blog membaca blog aku ini..inilah aku! Aku akan terus menulis, menulis dan menulis...kerana ialah rakan dan penemanku...
        Mungkin inilah kebenaran kata-kata cikguku...nak jadi penulis ya? Tidak jadi penulis tekenal atau meshyur..tapi jadi penulis setia untuk diri sendiri...cukup bagus kan...? 

TERIMA KASIH TERIMA KASIH TERIMA KASIH

Assalamualaikum...
          Hari ini aku rasa semakin sihat dan ada selera sikit untuk menjamah makanan...meskipun disaat yang mengharungi hari yang sukar ini aku mesti tabah dan sabar. Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menempuhi hari-hari yang sukar ini. Aku berharap Allah permudahkanlah segalanya buatku..jauhilah aku dari perkara yang tidak diingini...Walau dalam keadaan yang tidak berdaya ini, aku mahu berkongsi coretan...hari di mana aku berada dalam Wad 6, HTAN 4/4/2014.
          Dalam keadaan emosi yang tidak keruan..aku melayani jiwa kacauku sambil berlinangan airmata di atas katil wad...jiwa yang keresahan dan sebak membendung kesedihan...sungguh beremosi tatkala itu! Namun, gelagatku rupanya menjadi tumpuan seorang jururawat yang kelihatan begitu sibuk dengan tugasnya dipagi hari.. Tanpa diduga jururawat ini datang menyapa aku...dik, dah makan? Darah ada kuar lagi tak hari ni? Aku angguk dan geleng sahaja..mulalah malu sambil mengesat airmata..dik, ni kandungan yang ke berapa...? Jururawat ni tenang je bertanya memulakan bicara...aku memang kalah...namanya jururawat atau nurse ni...memang Allah bagi banyak kelebihan pada mereka..Kadang-kadang sentuhan tangan dan suaranya sahaja dapat menenangkan hati pesakit..hebatnya kurniaan Allah pada insan berhati mulia ini. Lama kami berbual dan pelbagai soalan serta jawapan diberi..tenang sahaja melontar kata-kata semangat dan nasihat pada aku..aku terkedu dan entah macamana....aku menangis....menangis dan menangis lagi!!! Nangis la puas-puas dik...nanti tak perlu nangis lagi, bimbang nanti menjejaskan kesihatan...tangan aku digenggamnya...aku rasa tenang seketika...entah kenapa terlalu beremosi pula kali ini...! Tuhan...aku tak mahu menyerah kalah pada MU...aku pasrah atas segalanya...Dik..ujian yang Allah berikan pada kita tu laluilah dengan sabar dan redha dik...Allah akan bagi yang terbaik untuk kita kelak...Semua orang ada susah senangnya..ada ujian masing-masing..dan ujian tu semuanya berlainan..adik dapat ujian macam ni, kalau akak pulak lain ujian Allah bagi...manis senyuman menutur kata...Dik...janganlah nangis lagi...akak risau tengok adik "down" je....sabar ek...nanti kalau ada ape bagitau akak ye..senyum dan ...berlalu pergi...Ya Allah..baiknya nurani jururawat ni..walaupun diri sendiri berat diuji namun tiada diduga dia insan sebegitu..Bagus! Aku mesti jadi tabah dan tenang seperti dia juga!!! Terima kasih nurse...aku begitu terkesan dengan situasi dan apa yang telah dia sampaikan..akan ku sematkan dalam hati...takkan sesekali aku menangis kerana menyesali apa yang berlaku...Yang Allah buat tu sangat cantik dik...dan Allah adalah sebaik-baik perancang!

Tuesday 8 April 2014

R-i-n-d-u

RINDU....Betapa rindunya pada ahli keluarga yang jauh nun di sana...Tatkala dalam keadaan begini aku teramat merindui ayah...adik...abang...kakak...semuanya...Ayah, di sini aku bersama keluarga sahaja yang ada...susah senang kami hanya di sini...Di saat dilanda ujian begini, aku harunginya sendirian ayah...tiada siapa yang datang membantu...menjengah..orang di sini lain budayanya..tak macam ditempat kita..bila dapat berita musibah terus sahaj datang ziarah..tetapi tidak di sini...tiada budaya begitu..dunia di sini sibuk dengan kerja dan urusan masing-masing...dan tiada ruang masa untuk perkara sebegini. Ayah, dalam keadaanku berpantang ini, aku memandu kereta sendiri ke rumah tukang urut...tiga hari berturut-turut ini aku gagahkan kaki ke sana..balik rumah aku renehkan air rebusan akar kayu sebagai minuman kesihatan...ayah...memasak untuk suami dan anak pun aku lakukan sendiri...Ayah...tatkala aku sendirian, macam-macam perkara yang aku fikirkan..betapa pilinya hati ini..betapa sunyi...betapa sedihnya...meskipun dalam keadaan begini aku tabahkan hati...dan di saat inilah aku sangat merindui kalian...Ayah, aku tidak pernah menyesali kerana tidak punyai ibu di saat ini..aku bersyukur ia memberiku peluang untuk berdikari dan...berdiri atas kakiku sendiri..cuma kadang-kadang aku rasa begitu sunyi....Ayah...alhamdulillah ku punyai suami yang cukup memahami..kasih dan sayangnya melimpah buat kami di sini...dialah penawar...namun aku tetap merindui kalian..Ayah, aku amat merindui gelak tawa dan gurau senda ahli keluarga kita..susah dan senang kita rasai bersama...meskipun kadang-kadang kita tidak dapat "satu kepala" namun boleh duduk bersama...Lambat rasanya masa yang berlalu...Ayah...nantikan kepulangan kami...Kami merinduimu ayah..kami sayang kamu ayah..kami rindukan gurau sendamu ayah...dan aku tahu...kamu juga begitu!!!

TERIMA KASIH HUBBY

Assalamualaikum...
Dikesempatan masa yang terluang ini aku mahu dedikasikan coretan ini khas buat Hubbyku...suamiku yang dicintai..disayangi dan dikasihi...selamanya. Terima kasih abang...atas segala-galanya. Terima kasih atas kasih sayang yang kau curahkan meskipun dirimu yang pemalu dan sukar meluahkan rasa namun, cukup dengan sikapmu yang melimpahkan kasih sayang itu buatku...buat anak kita. Terima kasih abang kerana sentiasa bersamaku disaat sukar...susah...senang...gembira dan bahagia..sedih dan duka kita harungi bersama...Ujian Allah datang dan pergi..abang telah tabah disisi, meskipun amat perit sekali..kau ada menemani. Terima kasih abang kerana memahami...terima kasih kerana sudi menerima diriku seadanya...abang sabar melayani kerenahku...sabar melayani sikapku..Terima kasih Ya Allah kerana menganugerahi "abang" sebagai teman hidupku..didunia dan diakhirat...Insyallah.. Terima kasih abang kerana sentiasa ceria di hadapanku...meskipun kau tahu tatkala ketika itu waktu yang sukar bagiku..Ku tahu kau lemah...namun kau tidak pamerkan pada riak wajah..Tatkala aku rasa amat lemah...kau pembakar semangat..tatkala aku rasa begitu sepi...kau menemaniku dengan celoteh malumu..tatkala aku rasa begitu tidak berdaya..kau ada untuk menggembirakan...Ya Allah..panjangkanlah usianya...agar dapat dia menjaga ku hingga ke akhir nyawa..tiada yang mahu kupinta selain dia sentiasa ada bersamaku..Abang..maafkan ayang atas segala kekhilafan...ayang terlalu lemah dan banyak berdosa pada mu abang...ampunkanlah..sentiasalah berada disisi kami..kami memerlukan kasih sayangmu...
Terima kasih abang.....atas segalanya...Sayang kamu!!!

- 4.10 pm 8 April 2014 -

Monday 7 April 2014

UJIAN MENDATANG..AKU DI UJI LAGI


KHAMIS ...3 APRIL 2014

          Pagi Khamis nan indah ini aku bangun awal, sebab nak masak untuk "pokluck" kat sekolah. Hari ini ada program besar kat sekolah iaitu "Mesyuarat Agung PIBG" Aku dapat tugasan yang ringan sahaja iaitu "pencatat minit". Semua guru nampaknya kelihatan sibuk, masuk keluar kelas, menguruskan dewan yang akan menjadi tempat mesyuarat dan acam-macam lagi. Tidak terkecuali aku...hari Khamis ni sememangnya hari yang sibuk lah bagi aku kerana ada 7 waktu hari ini. Aku tabahkan hati mengharungi...inilah rutin...inilah tanggungjawabku....apa orang cakap, ..."co-business" aku ialah murid-murid yang punyai kerenah pelbagai inilah. 
        Hari yang ceria dan bertenaga aku rasakan..namun ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Tetiba jam 10 pagi aku terasa lenguh pinggang dan...menyucuk dibahagian pinggang..aku tabahkan hati mungkin sebab tadi aku dukung Adib agaknya...Adib sekarang ni pun memang banyak ragam dah...mahukan lebih perhatian...aku layan sahajalah...
        Jam 11 pagi, aku rasa macam tak selesa sahaja...terus aku ke tandas dan...ada pendarahan...mengigil aku...aku cari kawan...kak zam...eija...kak badar...tolong!!! Aku bersegera ke klinik dihantar oleh kak zam, telefon hubby datang ke klinik...sah tiada pendarahan lagi...tetapi setelah di scan...doktor bagitahu kandunganku tidak membesar...tiada perkembangan..so...kena refer cikgu kat hospital la ye...naik ambulan lagi...kasihan hubby...mengikut dan redha sahajalah..
        Wad 6 aku ditempatkan...fikiran bercelaru, macam-macam perkara bermain difikiran...cikgu ni ada dua kemungkinan, pertama cikgu, kandungan ni nampak seperti dah tidak menjadi, keduanya kandungan ini baru sahaja nak menjadi. Maksudnya tarikh akhir period cikgu tidak tepat. Aku terkedu...Ya Allah...beratnya dugaan ini padaku...aku antara benar dan jelas dengan penerangan itu hanya mengiyakan kata-kata doktor. Biey...betul ke ni...? Sabar umi...sambil menggosok bahu cuba menenangkan jiwa ku yang mula kacau...Tuhanku...
           Kak jom kita buat pemeriksaan...kak, kat sini saya cadangkan bahawa kami akan bagi ubat pada untuk turunkan kandungan dan cuci ataupun kak tunggu ia turun @ kuar sendiri...doktor...kalau benar ia tak menjadi, biarlah ia keluar sendiri...erm..ok baiklah ...kami bagi masa sehingga 2 minggu dan kalau tiada apa-apa sepanjang masa tu akak kena datang hospital balik ye....
          Sebak dada menahan sendu..tiada kata yang nak dituturkan..tiada riak wajah yang nak dipamerkan..apakah benar semua ini. Berakhir begini...usia kandungan ni sepatutnya 3 bulan dah tetapi saiznya agak kecil dan kami sahkan fetus ni tidak menjadi....huhuhu...syafakillah...Takziah ...cuba lagi...insyallah...
         Tuhan adalah sebaik-baik perancang...Redha pada Qada dan Qadar MU Tuhanku... Ya Allah tabahkanlah hatiku..tenangkanlah jiwa ini menerimanya...sedih???Tentulah...kali ke-3 terjadi keguguran padaku...Allahhu Akhbar!!!
         Aku diberi cuti rehat seminggu, kalau ada turun darah sepanjang 3 minggu ni cepat-cepat ke hospital ye...penantian...suatu penyiksaan...tunggu ia keluar...yang pasti ia sudah tiada lagi.....

KU SERAHKAN JIWA DAN HATI INI

                                          
                          KU SERAHKAN SEGALANYA

Tatkala dirundung awanan ujian MU
Hati tidak keruan
Mahu menangisi segalanya
Mahu meratapi semuanya
Mahu menyesali apa sahaja
Apakah begitu sepatutnya
Patutkah aku begitu..
Ya Rabbi
Tatkala pelbagai ujian menempa aku
Hanya yang pilu bersekutu
Meskipun kesakitan membalutiku
Namun tiada kekesalan dilubuk nuraniku
Apa yang telah kau takdirkan
Adalah sebaik ketentuan dan pelaksanaan
Engkau Yang Maha Mengetahui segalanya 
Disebalik semuanya itu
Lidahku kelu seketika
Memikirkan apa yang menimpa
Tersedar aku dengan bisikan keramat
Pengubat kedukaan dan penyembuh kedukaan
Tatkala semua ini menimpaku
Tiada apa yang aku fikirkan
Hanyalah berserah pada MU
Aku hanya Redha pada MU
Lidah yang kelu terukir zikir
Hati yang sebak pilu
Berdetik muhasabah
Jiwa yang tidak menentu
Membisik istighfar
Ku serahkan segalanya pada MU
Kau Yang Maha Mengatur segalanya
Kaulah Yang Maha Mengetahui penyudahnya
Tuhan..
Ku serahkan segalanya pada MU
Hidup dan matiku Jaga dan tidurku
Sihat dan sakitku Susah dan senangku
Bahagia dan deritaku 
Segalanya pada MU
Tuhanku
Aku hanyalah insan kerdil ini
Tidak mampu mengatasi 
Qada dan Qadar mu
Semoga apa yang menimpaku ini
Berbuah rahmah disebaliknya
Ubatilah kedukaanku
Jauhilah kesengsaraanku
Tabahkanlah hatiku
Kerana aku begitu percaya dan yakin pada MU
Bahawa Engkaulah sebaik-baik 
Yang Maha Mengatur sebaik perancangan
Tuhanku...hamba MU yang tiada daya ini
Merayu inayah dan rahmahMU
Tenangkanlah jiwa dan hati ini
Kerana segalanya aku 
Telah serahkan pada MU...

Khamis - 3 April 2014....

Sunday 6 April 2014

CERITANYA AKU...17/3 --- 24/3/2014

Assalamualaikum...Salam sejahtera.. harapanku semoga sihat dan cerianya semuanya dalam menghadapi kehidupan seharian.

           Ceritanya aku kali ini...banyak memberi kesedaran dan keinsafan padaku...Ya ALlah kerdilnya ku disisi MU Allah...hingga ke hari ini pun apa yang berlaku itu masih menjadi igauanku disiang dan dimalam hari...

18 Mac 2014
Berita yang agak mengejutkan iaitu aku dah lewat haid hampir 2 bulan, setelah buat pemeriksaan sendiri ternyata positif...secepat ini?? Memang tidak aku jangkakan...mungkin rezeki Mu Tuhan. AKu bersegera ke klinik buat pengesahan memandangkan aku punyai penyakit "istimewa"....rupanya ia juga menjadi khabar gembira bagi "nurse" yang bertugas di klinik desa dan klinik kesihatan berdekatan, memandangkan aku ni peramah orangya...mungkin kerap ke sana jadi macam kawan daa semua warga kat klinik tu. Hari seterusnya aku ke klinik bersama harapan agar segalanya berjalan lancar..namun, perancangan Allah adalah yang lebih baik, doktor mengesahkan bahawa aku ada masalah...pe citenya...
           Doktor suspek ada asid dalam darahku, katanya air kencing aku putih bersih sangat, tidak ada protien pun dalam gula dan darahku..antara faham dengan tidak aku hanya mengangguk kepala sahaja. Aku dihantar ke hospital dengan ambulan diiringi doktor dan seorang nurse. Macam-macam perkara yang bermain difikiran..aku hanya akan ikut sahaja apa tindakan yang bakal diakukan bila dah sampai nanti. Aku tiba diwad kecemasan, diambil dan diuruskan..hampir sejam menunggu di situ, doktor mengesahkan memang ada asid dalam darah. Aku dipindahkan ke unit upgrade, untuk tindakan susulan...parah, aku dah mula cuak dan hanya mampu mengiyakan sahaja apa yang doktor atau nurse katakan. Lengan kanan dan kiriku sudah dicucuk jarum untuk dimasukkan air...ubat...tetiba datang doktor lagi cakap dia nak masukkan tiub ke saluran jantungku melalui lengan kiri...aku mula rasakan sesuatu...seriuskah aku ni?? Hampir jam 4 petang, aku dihantar ke wad 1...agak ralat dan tidak selesa kerana dah lama tak masuk wad..Antara percaya dengan tidak, aku tidak tenang di situ, sementara tunggu "Hubbyku" datang, dadaku di x-ray untuk mengetahui kedudukan tiub yang dimasukkan tadi, apakah berada ditempat yang sepatutnya(jantung).

19 Mac 2014
Selamat pagi cikgu...sapa doktor mr. india...hepi go lucky ke orangnya..ai, morning..sahut la..macam rutin biasa, ambil tekanan darah, bacaan gula...demam..tetiba aku rasa sesak nafas..kabur je pandangan..nurse, saya rasa badan saya ni kurang gula...tetiba terkeluar dari mulut aku, tak tahan sangat agaknya, nurse dan ambil bacaan gula, dik minum susu...cepat, antara sedar dan tidak terus aku bangkit dan minum susu, nurse datang ambil tekanan darah...kak kenape tekanan pation ni tak boleh baca..? Nurse pelatih bertanyakan si senior..try lagi...dan lagi...dan lagi...sama juga. Nurse nampak serius dan doktor datang...tengok result darah aku..nurse..problem ni..aku mula rasa tak sedap hati. Cikgu ada masalah sikit ni, asid dalam darah cikgu ini banyak sangat..perlu penjagaan rapi la ye...sambil senyum...kita hantar cikgu ke wad CCU. Aku kebinggungan...Hubby...Sebetulnya aku dijaga rapi.....

20 Mac 2014
Rasa panjangya seharian di sini...doktor 24 jam berada di sisi, darah diambil berkali-kali...sakit dan perit usah di fikir. Terima kasih Hubby kerana bersabar dan tabah hatimu menerima dugaan Ilahi ini... Kau tabah abang...tanpamu aku rasa begitu lemah...Ya Allah...lamakah perlu aku berada di sini? Ada perkembangan positif, tetapi disebabkan aku mengandung perlu dijaga rapi. Berita ini terpaksa aku khabarkan kepada semua rakan, sahabat, ahli keluarga jauh dan dekat...mohon doa kalian semoga aku cepat baik. Telefon aku bertalu-talu berbunyi minta dijawab, namun maafkan aku tak berdaya...mandi pun aku diuruskan nurse..sedihnya ayah...anakmu jauh dirantauan..

21 Mac 2014
Berkat doa semua, ada perkembangan baik...tetapi badan aku masih kurang air. Apa nak buat, 10 botol sehari air dimasukkan ke badan...nurse pun terkejut...banyak nar ke tu??? Ubat apa yang dimasukkan dalam badanku? Ubat kalsium untuk kuatkan tulang, ubat ganstrik sebab terlalu banyak air dalam badan,ubat kencing manis,ubat cair darah, ubat neutralkan asid....Ya Allah beratnya aku rasakan di saat ini. lidahku tidak putus menyebut namaMU, tasbihku hanya ingat pada MU..tidak putus aku berharap agar kau sembuhkan aku, istighfarku hanya memohon keampunan di atas segala dosa -dosa ku...zikirku hanyalah memohon dipermudahkan segalanya di sini.

22 Mac 2014
Perkembangan baik. Aku dipindahkan ke wad 1 semula, wad biasa...gembira rasanya kerana satu perkara rutinku yang belum terlaksana, nak membuang....:-)....Kak Badar dan kak Unaiza datang menziarah, terima kasih. Bukan itu yang aku harapkan tetapi memang aku betul -betul kesunyian.

23 Mac 2014
Setiap hari semakin baik dan belum dibenarkan pulang, ahli keluargaku sekalian...terima kasih atas doa dan harapan...minta maaf juga ku pohon pada ayah, bukan sengaja aku nak sembunyikan berita ku ini, tetapi tidak mahu menyusahkan hati ayah, mana pula nak sangka tetiba teruk pula jadinya keadaanku...(CCU) Ayah nanti anakanda telefon ye.

24 Mac 2014
Alhamdulillah...berita gembira, aku dibenarkan pulang...betapa gembiranya dalam hati, terima kasih kepada semua, rindu rumah...rindu adib...rindu Hubby...aku kena refer balik nanti kt klinik pakar 5 untuk progress kandungan dan asid macamana...

Kisahanya aku...ceritanya aku...tidak berakhir di sini....rupanya...aku terus di uji dan di uji lagi...apa lagi....bersambung nanti.....