Monday 7 April 2014

KU SERAHKAN JIWA DAN HATI INI

                                          
                          KU SERAHKAN SEGALANYA

Tatkala dirundung awanan ujian MU
Hati tidak keruan
Mahu menangisi segalanya
Mahu meratapi semuanya
Mahu menyesali apa sahaja
Apakah begitu sepatutnya
Patutkah aku begitu..
Ya Rabbi
Tatkala pelbagai ujian menempa aku
Hanya yang pilu bersekutu
Meskipun kesakitan membalutiku
Namun tiada kekesalan dilubuk nuraniku
Apa yang telah kau takdirkan
Adalah sebaik ketentuan dan pelaksanaan
Engkau Yang Maha Mengetahui segalanya 
Disebalik semuanya itu
Lidahku kelu seketika
Memikirkan apa yang menimpa
Tersedar aku dengan bisikan keramat
Pengubat kedukaan dan penyembuh kedukaan
Tatkala semua ini menimpaku
Tiada apa yang aku fikirkan
Hanyalah berserah pada MU
Aku hanya Redha pada MU
Lidah yang kelu terukir zikir
Hati yang sebak pilu
Berdetik muhasabah
Jiwa yang tidak menentu
Membisik istighfar
Ku serahkan segalanya pada MU
Kau Yang Maha Mengatur segalanya
Kaulah Yang Maha Mengetahui penyudahnya
Tuhan..
Ku serahkan segalanya pada MU
Hidup dan matiku Jaga dan tidurku
Sihat dan sakitku Susah dan senangku
Bahagia dan deritaku 
Segalanya pada MU
Tuhanku
Aku hanyalah insan kerdil ini
Tidak mampu mengatasi 
Qada dan Qadar mu
Semoga apa yang menimpaku ini
Berbuah rahmah disebaliknya
Ubatilah kedukaanku
Jauhilah kesengsaraanku
Tabahkanlah hatiku
Kerana aku begitu percaya dan yakin pada MU
Bahawa Engkaulah sebaik-baik 
Yang Maha Mengatur sebaik perancangan
Tuhanku...hamba MU yang tiada daya ini
Merayu inayah dan rahmahMU
Tenangkanlah jiwa dan hati ini
Kerana segalanya aku 
Telah serahkan pada MU...

Khamis - 3 April 2014....

No comments:

Post a Comment