Wednesday 2 October 2013

Doa Sebelum Nak Tidur Ni...


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Ampunilah segala dosaku terhadap semua insan disekelilingku..
Ampunilah segala dosa semua insan disekelilingku terhadapku..
Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah dan tiada daya ini tidak mempu menjadi insan yang kuat dan pemaaf sehebat Mu Ya Allah..
Ya Allah Ya Fattahu Ya Alim..
Jadikanlah tidurku ini waktu rehatku seketika menantikan tibanya Subuh esok harinya
Berilah padaku peluang untuk meneruskan kehidupan esoknya 
Berilah aku peluang untuk terus memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri ini
Berilah peluang padaku untu menjadi seorang hambaMU yang taat, patuh beribadat padaMU..
Aku takut pada nerakaMU Ya Allah
Namun aku tak berupaya dan mungkin tidak layak bagiku untuk ke syurgaMU..
Namun Ya Allah..
Berilah aku peluang untuk terus melakukan kebaikan demi kebaikan...
Walau dalam cara apa sekalipun..
Tusbihuu A'alal Khair!!!

Peningnya Hari Ini..


??????????????????????????????

Aduhai...minggu yang penuh dengan ujian besar dari Allah...
sepanjang minggu ini yang aku lalui banyak mencabar dan menguji kesabaranku..
Ya Allah..berilah kesabaran padaku menghadapi kerenah manusia ini..
Dia sebagai majikan aku..sepatutnya aku mesti patuh pada ketua..
namun, aku seperti dianiaya...
mentang2lah aku ini senang diajak berbicara dan jenis yang boleh buat kerja..macam2 nak suruh aku..plak tu ingat aku ni tunggul je..ngikut jer ke???
Panasnya hati ini..tak baik dan tak bagus buat macam tu..
sebagai GB dan bos aku...kau tak patut begitu..
aku anggapkan dia ni macam komputer...
komputer yang dah masuk "virus"...!!!!Teruknya..
Tercabar betul...tolonglah jangan nak tunjuk macam diri tu bagus je...
bila berlagak macam tu, jelas menunjukkan kebodohan dirinya sendirinya..
Macamanalah kami ni nak hormat dan respect ketua??? 
Tak ada "Qudwah Hasanah" pun padanya...
Maaflah GB..saya geram sangat hari ini, terasa dibola2kan plak..
As a leader..you have to be a good and the best to the others...it is???
Terima kasih Mr. Blog kerana sudi menjadi peneman 
dan tempatku meluah rasa.
.So...Gud Nite All!!!

Monday 30 September 2013

Laman Blog Ini

Laman blog ini aku jadikan ia seperti sebuah diari kehidupan...rakan it yang hanya ia sahaja yang akan sudi mendengar dan menerima coretanku pada bila-bila masa sahaja...Thanks my dear blog...nite...

Terima Kasih Ustaz...

Erm...seperti yang dah diceritakan dalam entri tadi..pagi lagi semasa breakfast En. GB maklumkan untuk hantar aku ke kursus yang bertempat di ibu kota kuala lumpur...maaak aaaai...jauh nyer...namun dalam gurau senda aku ckp ok jer...tetapi jumpa En. GB aku mohon untuk "excuse" kan diri...alhamdulillah atas budi bicara...En. GB blh konsider tentang perkara ini dan....ustaz "offer" kan diri (setelah lama aku memujuk) akhirnya dia sanggup menggantikan aku...terima kasih ustaz...kalau bab nak pergi kursus time immediatly macam ni agak susah la kan...tetiba je dapat tau...papepun..kali ini adala insan yang baik hati menolong...lain kali...???tanggung sendiri...hehehehe... okeylah..good nite and see soon...

Macam-macam Hal...

Assalamualaikum semua...hari ini adalah permulaan kepada hari-hari sepanjang minggu ini..macam-acam hal berlaku..hari ini jer...esok??lusa???Erm....sabarlah hati...Banyak nya kerenah dari rakan sekerja...anak-anak didik di sekolah..pentadbir..papepun...banyak juga ilmu baharu yang aku dapat..semoga inilah pengalaman yang tiada diperoleh melainkan diri sendiri yang melaluinya...pengajaran dan pengalaman yang aku perolehi...
1- jangan terlalu empathy terhadap cerita atau keluhan orang disekeliling..
2- jadilah pendengar yang setia..sekurang-kurang dapat mengubati kesedihan dan masalah insan sekeliling..
3- sentiasa berfikiran positif...bersangka baik..
4- perlu sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri dengan mengambil iktibar dari pengalaman dan kisah orang disekeliing kita...
Semoga esok aku akan lebih ceria...tenang dan steady jer...byep!!!

Monday 23 September 2013

Salam sejahtera...kali ini santai dan bersahaja...sebenarnya kita tak boleh mengeluh atas sesuatu yang sedang dilalui sebenarnya..namun bukan untuk menyesali atau merungut tentang perkara itu...tapi hanya sekadar berbicara dengan diri sendiri...oh hati...bersabarlah...mengahadapi kerenah dan ragam manusia yang pelbagai ini...:-)

Thursday 27 June 2013

Kisah 1

Allah Lebih Menyayanginya

Al-fatihah buat arwah anak buahku...Mohd. Amir Asyraf b. Zolkifli yang telah meninggal dunia pada 6 Jun yang lepas kerana masalah kesihatan. Di usianya yang baru mencecah 9 bulan...kehilangannya begitu terasa..dirimu anak sesungguhnya tiada dosa ini semoga menjadi aset ibu ayahmu ke syurga Ilahi...insyallah... Kematian menjemput sesiapa sahaja tanpa ada had usia dan rupa, justeru bersamalah sentiasa muhasabah diri bahawa kita juga entah bila akan dijemput pergi kembali kepada hak azali.

Salam Hari Jumaat

Assalamualaikum..
Lama tidak ada entri dalam blog ini. hinggakan saya punya gmail kena verify dahulu baru boleh view blogger....hihihi... banyak kekangan masa untuk mengadap laptop dan masukkan entri. Namun saya kumpulkan terlebih dahulu kemudian bila ada masa yang teeerluaaaaang macam sekarang ni baru boleh hadap...Kebetulan Adib dibawa keluar bersiar -siar bersama anaknya...so, terima kasih kerana bagi peluang untuk ummi basuh baju dan mengemas rumah sikit ni...

Banyak sebenarnya yang hendak dikongsi bersama dengan kalian, namun adalah wajar jika hanya cerita yang memberi pengajaran dan pedoman di masa akan datang. Sebaik tempat untuk berkongsi ialah hanya pada Rabbul Jalil...namun sebagai manusia biasa yang serba kekurangan ini mahu juga hendak bercerita...pada NYA takkan ku lupa...terima kasih kepada suami yang dicintai...Hubby...kerana menjadi pendengar setia dikala suka duka. :-)

Monday 15 April 2013

Akhirnya...Terbina Sudah Ini..

Assalamualaikum...syukur alhamdulillah akhirnya dapat juga kami bina laman blog family kami sendiri.. Tujuannya bukan hanya nak compose pape je tetapi lebih penting kami dapat berkongsi apa jua kisah suka duka, berkongsi ilmu pengetahuan tentang apa sahaja..dengan sesiapa sahaja. Selain itu, kami berharap akan menemui rakan -rakan lama, kenalan baharu dan jua mengeratkan lagi silaturrahim seluruh ahli keluarga kami...selain itu kami nak mengeratkan silaturrahim keluarga dan generasi keluarga kami yang bertebaran dibumi Malaysia...Saya salah seorang dari generasi ke-5 dari keturunan Allahyarham Tok Lebai Awang Kechik @ Abdullah iaitu anak murid Allayarham Tok Kenali (Ulama Tersohor di Kelantan)...ulama silam yang sentiasa dikenang perintis Islam gemilang dibumi Kelantan...aaaminnn...Okey, setakat ini dulu post untuk kali ini...byep...dah malam ni...Ma'assalamah...