Thursday 27 June 2013

Kisah 1

Allah Lebih Menyayanginya

Al-fatihah buat arwah anak buahku...Mohd. Amir Asyraf b. Zolkifli yang telah meninggal dunia pada 6 Jun yang lepas kerana masalah kesihatan. Di usianya yang baru mencecah 9 bulan...kehilangannya begitu terasa..dirimu anak sesungguhnya tiada dosa ini semoga menjadi aset ibu ayahmu ke syurga Ilahi...insyallah... Kematian menjemput sesiapa sahaja tanpa ada had usia dan rupa, justeru bersamalah sentiasa muhasabah diri bahawa kita juga entah bila akan dijemput pergi kembali kepada hak azali.

Salam Hari Jumaat

Assalamualaikum..
Lama tidak ada entri dalam blog ini. hinggakan saya punya gmail kena verify dahulu baru boleh view blogger....hihihi... banyak kekangan masa untuk mengadap laptop dan masukkan entri. Namun saya kumpulkan terlebih dahulu kemudian bila ada masa yang teeerluaaaaang macam sekarang ni baru boleh hadap...Kebetulan Adib dibawa keluar bersiar -siar bersama anaknya...so, terima kasih kerana bagi peluang untuk ummi basuh baju dan mengemas rumah sikit ni...

Banyak sebenarnya yang hendak dikongsi bersama dengan kalian, namun adalah wajar jika hanya cerita yang memberi pengajaran dan pedoman di masa akan datang. Sebaik tempat untuk berkongsi ialah hanya pada Rabbul Jalil...namun sebagai manusia biasa yang serba kekurangan ini mahu juga hendak bercerita...pada NYA takkan ku lupa...terima kasih kepada suami yang dicintai...Hubby...kerana menjadi pendengar setia dikala suka duka. :-)