Wednesday 26 February 2014

Besarnya Ujian Tuhanku Di Hari Ini..

La haula wala quwwata Illa Billah.....Hebatnya ujian aku terima hari ini. Setiap kali ku baca doa mohon diberikan kesabaran..setiap kali itu jugalah Allah datangkan ujian. Benarlah, Allah takkan beri apa yang kita mahu dan minta tetapi Allah beri apa yang kita perlu. Saat aku dilantik menjadi guru kelas "b", aku terima seadanya, mungkin ini adalah kepercayaan pentadbir rasanya yang percaya aku dapat menjalankan tugas sebaiknya. Tanggungjawab bukan setakat sebagai guru kelas sahaja tetapi banyak sebenarnya perkara baharu yang mendatang. Apa yang amat menguji kesabaran serta keimananku ialah melayani kerenah murid "nakal" ku ini. Nakalnya yang belum pernah aku temui sebelum ini. Sampai bila harus aku perlu hadapi situasi begini? Berilah aku jalan dan petunjuk ke arah menyelesaikan keadaan ini. Benar...ada hikmah disebalik semua ini, namun berilah aku petunjuk MU...agar aku tidak bertindak di luar norma batasan dan kewarasan akal...aku tak mahu menjadi guru yang tidak bertimbang rasa atau garang yang tidak menentu.. Aku mahu bergembira datang ke sekolah dan tidak mahu merosakkan "mood" seronokku untuk mengajar. Ya Allah..kurniakanlah...

Sunday 23 February 2014

Jom Balik Kampung!!

Rindu kat kampung siapalah yang tahu....kami ni terdiri dari keluarga yang besar...rindu kat semua orang....

Assalamualaikum...

          Dikeruwetan ini...banyak sangat perkara yang perlu dilakukan dan tiada masa untuk mengadap blog family ini..namun kugagahkan jua diri dan mencuri masa yang terluang untuk membuat coretan di sini. Lama tidak menulis...banyak juga yang nak diceritakan...kiranya kumpul dululah...hihihi...
          Keluarga merupakan perkara pertama dalam kehidupanku..ada suami serta tanggungjawab..ada anak dan tanggungjawab terhadapnya...semuanya aku cuba laksanakan sebaiknya dan sehabis baik terdaya dan semampuku...aku sedar, aku hanyalah insan biasa yang punyai banyak kekurangan dan kelemahan...harapanku semoga insan yang disayang ini sentiasa memahami dan mengerti...
          Aku gembira dan bersyukur dengan kehidupanku sekarang, alhamdulillah walaupun aku bukanlah insan yang hebat namun aku cukup bahagia...dengan rezeki anak dan kehidupan ini adalah pemberial Ilahi yang amat disyukuri. Kiranya suatu hari kelak aku pergi...tidakkan aku sesali...
         Banyak dugaan dan ujian Ilahi datang menjengah..namun tetap aku tabah dan bersyukur...kerana masih ada insan lain yang lebih menderita dari apa yang sedang Allah berikan ujian padaku...kepada ayah...tabahkan hati menempuh dugaan Ilahi...kepada ibu mertuaku juga...sabarlah...ada hik,ah disebalik semua ini...kepada suami yang dicintai...terima kasih kerana sabar melayani kerenahku dan anak....yang kadang-kala ia menguji kesabaranmu..aku tahu itu...
        Okey...banyak nak dicertikan...nantikan malam nanti...kalau sempat buka lagi la yer...Choooow!!!